June 9, 2008

Takut aku dibuatnya apabila mendengar khabar harga minyak mungkin akan dinaikkan buat kali ke-2 pada bulan Ogos 2008 ini. Dengar kata, harga minyak yang baru mungkin RM4.00/litre. Usah percaya dahulu dengar khabar ini, mungkin hanya khabar angin, TAPI tidak mustahil jika ia bakal berlaku kerana harga minyak di pasaran dunia semakin meningkat.

Dengan kenaikan minyak sebanyak RM0.78, dan dijual dengan kadar baru RM2.70 telah menimbulkan pelbagai reaksi yang kurang menyenangkan daripada peniaga dan pengguna, apatah lagi jika dinaikkan sekali lagi kepada RM4.00. Haru-biru keadaan dibuatnya.

Takut, sungguh takut. Kenaikan harga minyak boleh memberi impak yang besar kepada masyarakat dan negara terutama kepada golongan rendah dan sederhana. Apa yang paling membimbangkan ialah kadar jenayah berkemungkinan akan meningkat dan ramai rakyat akan hidup sengsara, terus sengsara. Andai ku tahu, kapan tiba masaku...

Imbas kembali kenaikan minyak di masa lalu.
Tahun 1990 - RM1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM2.70 (kenaikan RM 0.78 )
Future - RM???

Readers who read this page, also read:


0 comments

Post a Comment